SEKURANG-KURANGNYA 27 orang disahkan terbunuh dalam serangan udara selama 24 jam di wilayah Damsyik.
Serangan tanpa henti yang dipercayai dilancarkan jet pejuang tentera pakatan Syria-Rusia itu kini memasuki minggu ketiga.
Menurut Petugas Pertahanan Awam Syria, sekurang-kurangnya 30 serangan udara dilancarkan di bandar Hamoriya dan menyaksikan 17 orang awam di sebuah pasar terbunuh.
Serangan udara yang pada mulanya menyasarkan kedudukan kumpulan pemberontak turut mengorbankan empat nyawa orang awam di Arbin manakala selebihnya di Misraba dan Harasta.
Badan pemerhati antarabangsa mengesahkan korban pada Ahad itu adalah yang terbesar dalam tempoh sehari sejak serangan tanpa henti dilancarkan bulan lalu.
Setakat ini hampir 200 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita maut dalam operasi tanpa henti tentera pakatan tersebut.
Menurut seorang penduduk, serangan terbabit jelas mensasarkan orang awam dan bukannya kumpulan pemberontak yang bersembunyi.
"Mereka mensasarkan orang awam...jet pejuang terbbait mensasarkan kami.
"Tiada pemberontak atau pos kawalan pemberontak di sini," jelas Sadeq Ibrahim, penduduk Hamoriya.
Kebanyakan penduduk percaya kegagalan operasi menumpaskan pemberontak sebelum ini oleh tentera pakatan menjadi punca serangan terbaharu itu dibuat.
Reuters
Mon Dec 04 2017
Sekurang-kurangnya 27 orang disahkan terbunuh dalam serangan udara selama 24 jam di wilayah Damsyik. - Gambar Reuters
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
27 termasuk kanak-kanak dan wanita maut di Damsyik
Serangan tanpa henti yang dipercayai dilancarkan jet pejuang tentera pakatan Syria-Rusia itu kini memasuki minggu ketiga.