GAZA: Jet tempur Israel pada Khamis meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah rejim, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut dan 93 cedera.
Menurut statistik terkini pegawai perubatan dan keselamatan Palestin, konflik itu menyebabkan 28 rakyat Palestin, termasuk 15 orang awam, terbunuh selepas dua lagi maut pada petang Khamis di pekan Abassan, lapor Xinhua.
Dua yang maut ialah anggota kumpulan Briged Al-Mujahidin, satu daripada kumpulan bersenjata di Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa serangan udara Israel setakat ini menyebabkan 93 orang cedera.
Kumpulan bersenjata di Palestin dan Israel saling berbalas serangan susulan kematian tiga pemimpin kanan Jihad Islam dalam serangan udara mengejut pada Selasa di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Jet tempur Israel meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut. - Foto AP
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza
Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
28 rakyat Palestin maut, 93 cedera serangan hari ketiga Israel di Gaza
Jet tempur Israel pada Khamis meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut dan 93 cedera. .