awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 hilang selepas helikopter perubatan terhempas di barat daya Jepun

Bernama
Bernama
06/04/2025
22:15 MYT
3 hilang selepas helikopter perubatan terhempas di barat daya Jepun
Pasukan penyelamat menemukan helikopter itu yang terbalik dan terapung di laut pada kira-kira 5.05 petang Ahad waktu tempatan, sebelum menyelamatkan tiga individu. - Foto X @OnDisasters
TOKYO: Tiga individu masih belum ditemui pada Ahad selepas sebuah helikopter perkhidmatan perubatan kecemasan terhempas di laut di barat daya Jepun, lapor Xinhua.
Menurut penyiar awam NHK, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, pengawal pantai dimaklumkan bahawa helikopter yang membawa enam individu itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Tsushima di Wilayah Nagasaki bagi membawa seorang pesakit ke sebuah hospital di Wilayah Fukuoka, sebelum dilaporkan hilang di luar pantai timur Tsushima.
Pasukan penyelamat kemudiannya menemukan helikopter itu yang terbalik dan terapung di laut pada kira-kira 5.05 petang waktu tempatan, sebelum menyelamatkan tiga individu, menurut laporan itu.
Kementerian Pengangkutan Jepun memaklumkan bahawa dua daripada tiga individu yang diselamatkan berada dalam keadaan sedar. Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa masih diteruskan.
Enam individu yang berada dalam helikopter itu terdiri daripada seorang juruterbang, mekanik, doktor dan jururawat serta seorang pesakit wanita berusia lingkungan 80-an dan seorang pengiring lelaki berusia lingkungan 60-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#helikopter perubatan
#Jepun
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan