awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 rakyat Malaysia ditahan di Singapura kerana elak cukai rokok lebih S$800,000

Bernama
Bernama
17/06/2025
14:26 MYT
3 rakyat Malaysia ditahan di Singapura kerana elak cukai rokok lebih S$800,000
Kastam Singapura berkata suspek berusia 30 tahun dipercayai memandu kepala lori dari Malaysia dengan rokok tidak bercukai disembunyikan dalam kotak-kotak produk kopi. - Gambar hiasan/Bernama
SINGAPURA: Tiga lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki mengelak untuk membayar cukai rokok dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah S$812,384 (S$1=RM3.30) dalam satu operasi penguatkuasaan di Gul Drive.
Dalam satu kenyataan, Kastam Singapura memaklumkan bahawa dalam operasi pada 10 Jun itu, pegawainya mengesan ketiga-tiga suspek berusia 24, 30 dan 40 tahun sedang memindahkan kotak berwarna coklat antara dua kenderaan berdaftar Malaysia yang diletakkan di tepi jalan.
"Pegawai kemudiannya melakukan pemeriksaan dan menemukan 7,400 karton rokok tidak bercukai dalam sebuah treler dan 100 karton lagi dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
"Ketiga-tiga lelaki itu ditahan di tempat kejadian. Kedua-dua kenderaan serta rokok tidak bercukai berkenaan turut disita," menurut agensi itu pada Selasa, sambil menambah bahawa kedua-dua kenderaan berkenaan memasuki Singapura secara berasingan.
Kastam Singapura berkata suspek berusia 30 tahun dipercayai memandu kepala lori dari Malaysia dengan rokok tidak bercukai disembunyikan dalam kotak-kotak produk kopi.
Suspek berusia 24 tahun pula dipercayai membantu memindahkan rokok itu ke dalam MPV manakala lelaki berusia 40 tahun dipercayai ditugaskan untuk menghantar rokok berkenaan kepada pelanggan di Singapura.
Ketiga-tiga suspek dipercayai direkrut oleh individu tidak dikenali di Malaysia. Prosiding mahkamah sedang berlangsung.
Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak bercukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.
Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan dan/atau penjara sehingga enam tahun.
Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan seperti ini juga boleh dilucuthakkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GST
#MPV
#Akta Kastam
#cukai rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami