LONDON: Dianggarkan sekitar 300,000 orang menghadiri perhimpunan pro-Palestin di kota London, United Kingdom, pada Sabtu, kata jurucakap Polis Metropolitan London kepada CNN.

Sejumlah besar anggota dan pegawai polis mengawal keadaan di Hyde Park Corner, tempat berlangsung perhimpunan dengan peserta berteriak "Merdeka… Merdeka Palestin" dan "segera hentikan tembakan."
Mereka juga kedengaran berteriak "dari sungai hingga ke laut, Palestin akan merdeka!"

Dalam perhimpunan itu, polis turut menangkap 82 penentang protes berkenaan yang cuba mencetuskan huru-hara.


Polis Metropolitan mengatakan individu-individu tersebut ditangkap "untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran keamanan."

Selain London, ribuan peserta turut berhimpun di kota-kota lain di Eropah seperti di Brussels (Jerman) dan Paris (Perancis) bagi menyertai demonstrasi pro-Palestin pada hari yang sama. - Agensi