awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza

Bernama
Bernama
14/12/2024
11:15 MYT
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Penyelaras Kemanusiaan PBB untuk Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi, melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
BAITULMUQADDIS: Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi, pada Jumaat melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza, dengan menyatakan bahawa orang awam terus menjadi mangsa utama konflik yang berlarutan.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), Hadi menegaskan kesan buruk serangan udara terkini oleh Israel yang telah mengakibatkan banyak korban dalam kalangan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Beliau mengecam serangan ke atas konvoi bantuan PBB yang disifatkannya sebagai tindakan tidak boleh diterima dan mengancam nyawa mereka yang sangat memerlukan.
Hadi turut menegaskan komitmen PBB untuk terus menyokong rakyat Palestin, sambil menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan, bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan selamat, serta tindakan antarabangsa diambil untuk melindungi orang awam dan menangani punca utama konflik itu.
Beliau menekankan bahawa PBB sedang berusaha tanpa henti untuk menghantar bantuan penting kepada keluarga di Gaza yang kehilangan segalanya selepas serangan 14 bulan itu.
Hadi juga menyeru semua pihak agar mematuhi prinsip pembezaan, kesepadanan, dan langkah berjaga-jaga dalam setiap tindakan ketenteraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penyelaras Kemanusiaan PBB
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#Muhannad Hadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan