awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 maut dalam tragedi feri karam di Myanmar

AFP
AFP
14/03/2015
14:51 MYT
33 maut dalam tragedi feri karam di Myanmar
Feri Aung Takon 3 yang sepatutnya menuju Sittwe di barat negeri Rakhine karam selepas meninggalkan bandar Kyaukphyu.
Anggota penyelamat masih bertungkus-lumus menjalankan misi mencari penumpang yang masih hilang dalam tragedi feri karam di perairan bergelora di barat Myanmar pada Jumaat.
Sehingga kini, 33 jasad mangsa telah ditemui manakala yang lain masih hilang dalam tragedi feri membawa lebihan muatan dan penumpang tersebut.
Feri Aung Takon 3 yang sepatutnya menuju Sittwe di barat negeri Rakhine karam selepas meninggalkan bandar Kyaukphyu, kata polis.
“Angka kematian setakat ini adalah 33 – empat lelaki termasuk seorang sami dan 29 wanita. Sekurang-kurangnya 12 orang masih belum ditemui,” ujar polis di bandar Sittwe, sambil menambah bahawa 169 orang berjaya diselamatkan dan dipercayai tiada warga asing berada di dalam feri berkenaan.
Feri itu berdasarkan rekod membawa 214 orang penumpang dan krew namun terdapat kemungkinan pengangkutan itu turut dinaiki pemegang tiket haram yang tidak tersenarai sebagai penumpang.
Tiga bot angkatan tentera laut dan juga bot-bot persendirian telah digegaskan ke tempat kejadian sejurus selepas ia karam pada jam 8.30 malam untuk membantu proses pencarian.
Penduduk tempatam memberitahu bahawa feri Aung Takon 3 telah terbalik dan karam di kawasan perairan yang bergelora.
“Ombak di situ sangat kuat. Bot-bot nelayan banyak kali karam di tempat yang sama sebelum ini,” ujar seorang penduduk bandar Sittwe, Thein Zaw.
Ramai warga Myanmar tinggal di petempatan yang dibangunkan di sepanjang kawasan tebing sungai yang sering melimpah dan mengakibatkan banjir. Sebagai mod pengangkutan utama, mereka terpaksa menggunakan feri yang mempunyai rekod penyelenggaraan yang teruk.
Kejadian bot karam adalah sesuatu yang biasa. Pada tahun 2010, seramai 10 orang telah terkorban apabila sebuah feri terbalik di kawasan delta Irrawady, manakala pada tahun 2008, seramai 38 orang hilang apabila sebuah bot karam di Sungai Yway.
Topic Berkaitan
#feri
#karam
#maut
#Myanmar
#Rakhine
#Sittwe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan