Skip to main content

Dunia

33 penduduk tertimbus dalam tanah runtuh di China, 16 masih terperangkap

[TB]_Gansu Province_ASTRO AWANI
Menurut agensi berita Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku di Perbandaran Nanhe, Bandar Longnan, jam 6.56 pagi waktu tempatan. -Foto Astro AWANI
Advertisement

BEIJING: Seramai 16 orang dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang melanda sebuah kampung di Daerah Tanchang, wilayah Gansu, barat laut China pada Selasa.

Menurut agensi berita Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku di Perbandaran Nanhe, Bandar Longnan, jam 6.56 pagi waktu tempatan.

Stesen penyiaran negara CCTV melaporkan seramai 33 penduduk dipercayai tertimbus dalam kejadian tersebut, namun 17 daripada mereka berjaya diselamatkan setakat ini.

Pihak berkuasa tempatan kini menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran untuk mengesan baki mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan 17 mangsa yang berjaya diselamatkan belum diperincikan oleh pihak berkuasa.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Namun, kawasan pergunungan di wilayah Gansu yang mempunyai lembah curam dan rangkaian sungai yang banyak sememangnya terdedah kepada bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat, terutama ketika musim hujan.

Selain operasi SAR, pihak berkuasa turut memindahkan penduduk yang terjejas di kawasan berhampiran ke lokasi yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Must Watch Video

Advertisement