awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow

Bernama
Bernama
27/03/2024
15:15 MYT
360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow
Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak. - Reuters
ISTANBUL: Bilangan yang cedera dalam serangan pengganas di sebuah dewan konsert di pinggir bandar Moscow minggu lepas meningkat kepada 360 orang, kata pusat Kementerian Kesihatan kepada agensi berita negara itu pada Rabu.
Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak, lapor TASS.
Seramai 63 daripada 92 mangsa yang dimasukkan ke hospital sudah dibenarkan pulang manakala rawatan pesakit luar diberikan kepada 205 mangsa yang cedera.
Serangan pengganas pada Jumaat berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, Moscow, yang meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa.
Jawatankuasa Siasatan berkata 11 individu, termasuk empat suspek ditahan di wilayah sempadan Bryansk, semasa dalam perjalanan ke Ukraine.
Mahkamah Daerah Basmanny Moscow pada Ahad malam mendakwa empat suspek dengan tuduhan keganasan dan meluluskan penahanan mereka sehingga 22 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#pengganas
#dewan konsert
#Moscow
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan