awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan

Bernama
Bernama
11/01/2025
11:10 MYT
4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Serangan berterusan Israel di Gaza telah meragut lebih 46,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail/ Reuters
GAZA : Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.
"Kami telah merekodkan 4,500 kes amputasi sehingga akhir 2024 akibat serangan udara dan serangan darat Israel yang berterusan ke atas Gaza," kata Ketua Unit Maklumat Kesihatan kementerian itu, Zaher Al-Wahidi dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata kira-kira 800 mangsa yang terpaksa diamputasi adalah kanak-kanak, mewakili 18 peratus daripada kes manakala 540 wanita pula menyumbang 12 peratus daripada kes amputasi.
Wahidi menegaskan angka itu menunjukkan betapa besarnya malapetaka kemanusiaan yang dihadapi penduduk awam, khususnya kumpulan paling terdedah iaitu kanak-kanak dan wanita.
Beliau menambah jumlah pemotongan sebahagian anggota badan dijangka terus meningkat selagi serangan Israel berterusan, memburukkan lagi keadaan sistem penjagaan kesihatan yang sedang bergelut dengan kekurangan bekalan perubatan kritikal akibat sekatan dikenakan selama lebih 18 tahun.
Sejak pencerobohan Israel bermula pada 7 Okt 2023, tentera Israel dengan sengaja menyasarkan kemudahan penjagaan kesihatan, mengebom hospital, memaksa pemindahan pesakit, serta menyekat bekalan perubatan penting, terutamanya di utara yang telah diserang hebat sejak 5 Okt.
Wahidi turut menggesa sokongan antarabangsa segera untuk menangani krisis yang semakin meruncing, sambil menuntut tindakan segera bagi menghentikan pelanggaran Israel dan melindungi penduduk awam.
Sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah kes amputasi dalam kalangan kanak-kanak, Lisa Dutton, seorang pegawai di Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), berkata pada Oktober bahawa Gaza kini menjadi "tempat dengan kumpulan terbesar kanak-kanak yang terpaksa diamputasi dalam sejarah moden."
Serangan berterusan Israel di Gaza telah meragut lebih 46,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata segera.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#kekejaman israel
#kes amputasi
#sistem kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan