awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik lebih 172,000 kenderaan

Bernama
Bernama
08/08/2024
08:30 MYT
4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik lebih 172,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan. - Foto Reuters
SEOUL: Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula kira-kira 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua.
Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Khamis berkata BMW Korea akan memanggil semula 113,197 unit bagi 98 model berbeza, termasuk BMW 320d kerana modul inflator beg udara yang rosak.
Kesilapan pendawaian pada tempat duduk barisan kedua menyebabkan 43,926 unit dua model termasuk Hyundai Santa Fe dipanggil balik.
Kia Corp akan membaiki ketahanan unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) yang lemah dalam 15,763 unit model Soul.
Sementara itu, KGM Commercial akan mengambil tindakan pembetulan ke atas 52 unit model bas elektrik Smart 110E kerana sistem stereng yang rosak.
Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak secara percuma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengeluar kereta Korea Selatan
#memanggil semula kenderaan
#kecacatan pembuatan
#BMW
#Hyundai
#KIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan