awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

42 maut, jutaan terkandas akibat banjir buruk di Bangladesh, India

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2022
00:45 MYT
42 maut, jutaan terkandas akibat banjir buruk di Bangladesh, India
Mangsa banjir di Sylhet, Bangladesh cuba menyelamatkan diri dengan menaiki perahu. - Foto REUTERS
SYLHET: Sekurang-kurangnya 25 terkorban akibat banjir buruk yang melanda Bangladesh sementara berjuta penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Di Assam, India pula sekurang-kurangnya 17 terkorban akibat banjir buruk yang bermula bulan ini, kata polis pada Ahad.
Menurut ketua Pusat Ramalan Banjir dan Amaran, Bangladesh Arifuzzaman Bhuiyan, kebanyakan sungai di negara itu telah melepasi paras bahaya.
Ribuan anggota polis dan tentera telah dikerah ke beberapa kawasan di negara itu bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Lebih 3.1 juta penduduk terkandas dan 200,000 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Di timur laut Sylhet, ribuan mangsa banjir mencari perlindungan di pusat pemindahan sementara kerana banjir dari sungai yang melimpah telah menyebabkan kerosakan besar pada ladang dan harta benda.
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Osmani di Sylhet digantung dan Lebuhraya Sylhet Sunamganj dinaiki air.
Negara itu mempunyai kira-kira 130 sungai dan turut dilanda banjir pada bulan lalu.
Bangladesh, sebuah negara berpenduduk 160 juta orang berada di kawasan rendah dan menghadapi ancaman bencana alam seperti banjir dan taufan, yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim.
Menurut panel antara kerajaan PBB mengenai perubahan iklim, kira-kira 17 peratus rakyat di Bangladesh perlu dipindahkan dalam tempoh sedekad yang akan datang jika pemanasan global berterusan pada kadar sekarang.
Topic Berkaitan
#banjir
#korban
#terkandas
#paras bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan