awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 cedera dalam kemalangan bas di lebuh raya Tokyo

Bernama
Bernama
06/04/2025
04:20 MYT
47 cedera dalam kemalangan bas di lebuh raya Tokyo
Dua bas persiaran terlibat dalam kemalangan berhampiran Terowong Kobotoke di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, pada sekitar jam 10.15 pagi Sabtu waktu tempatan. - Foto BERNAMA/Kyodo
TOKYO: Seramai 47 orang cedera, kebanyakannya pelancong asing selepas dua buah bas persiaran terlibat dalam kemalangan di lebuh raya barat Tokyo pada Sabtu.
Menurut pihak polis, kejadian berlaku apabila sebuah bas melanggar belakang sebuah lagi bas semasa kedua-duanya bergerak perlahan akibat kesesakan lalu lintas.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 10:15 pagi waktu tempatan berhampiran Terowong Kobotoke di Lebuh Raya Chuo, Hachioji.
Kedua-dua bas yang dikendalikan oleh syarikat sama itu dalam perjalanan dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada mangsa mengalami kecederaan parah atau mengancam nyawa.
Akibat kemalangan itu, laluan keluar dari lebuh raya antara Hachioji Junction dan Sagamiko Interchange terpaksa ditutup sementara oleh pengendali lebuh raya, Central Nippon Expressway Co.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#Tokyo
#kemalangan bas
#bas persiaran
#Lebuh Raya Chuo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan