Skip to main content

Sukan

Badminton: Pang Ron-Pei Jing selangkah lagi juarai Masters China

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Beregu campuran negara Hoo Pang Ron (kanan) dan Lai Pei Jing ketika menentang pasangan China, Cheng Xing dan Zhang Chi pada kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil hari ini. Hoo dan Pei Jing tewas dengan keputusan 21-13, 12-21 dan 16-21 - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pasangan ranking ke-85 dunia itu mempamerkan aksi dominan untuk menewaskan wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian, 21-12, 21-10 pada aksi separuh akhir. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing hanya selangkah lagi untuk menamatkan saingan Masters China 2026 dengan gelaran juara selepas mara ke final dengan bergaya hari ini. 

Pasangan ranking ke-85 dunia itu mempamerkan aksi dominan untuk menewaskan wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian, 21-12, 21-10 pada aksi separuh akhir di Shenzhen Arena.

Kemenangan straight set itu hanya mengambil masa 34 minit, sekali gus meneruskan rentak cemerlang Pang Ron-Pei Jing dalam kejohanan Super 750 berkenaan.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan mereka menjadi pasangan Malaysia pertama mara ke final kejohanan Super 750 musim ini. 

Aksi final berpotensi menemukan dua pasangan negara apabila satu lagi wakil Malaysia Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan berdepan gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam satu lagi aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement