awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 maut pesawat ringan terhempas atas pusat beli belah Melbourne

Agensi
Agensi
21/02/2017
04:50 MYT
5 maut pesawat ringan terhempas atas pusat beli belah Melbourne
Keadaan bumbung bangunan yang mengalami kerosakan akibat sebuah pesawat ringan terhempas. - AAP/Joe Castro/via REUTERS
Lima terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah pusat beli-belah berhampiran lapangan terbang Essendon, di Melbourne, Australia.
Pesawat jenis Beechcraft King dengan lima tempat duduk itu dilaporkan mengalami kegagalan enjin menyebabkannya terhempas.
Menurut saksi, pesawat itu terbakar sebaik saja merempuh bangunan pusat beli-belah berkenaan.
"Saya tidak dapat melihat dengan jelas hinggalah pesawat itu merempuh bangunan di situ. Saya nampak letupan yang besar dan kuat diikuti kepulan asap dan api yang marak.
Keadaan sangat genting. Kami pun tidak tahu mahu buat apa. Kami semua hanya berdiri di balkoni dalam keadaan terkejut," ujar seorang saksi Todd Owen.
Pesawat itu dilaporkan dalam penerbangan ke King Island yang lokasinya sejauh kira-kira 250 kilometer, namun ia terhempas 45 minit selepas penerbangan.
Identiti juruterbang dan penumpang pesawat ringat berkenaan masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun setakat ini tiada laporan penunjung pusat beli belah berkenaan yang tercedera.
Topic Berkaitan
#Melbourne
#pesawat ringan terhempas
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan