Lima sekeluarga dari Houston, Texas, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pesawat ringan di Ontario, Kanada pada Khamis.

Juruterbang Otabek Oblokulov, isteri dan tiga anaknya yang berusia 3, 11 dan 15, maut apabila pesawat malang yang dinaiki mereka itu terhempas di kawasan hutan berhampiran Kingston pada Rabu.

Turut menjadi mangsa ialah satu pasangan dari Toronto yang tidak dinamakan, lapor media tempatan.

Ketika kejadian, pesawat Piper PA-32 itu dilapor terbang dari Lapangan Terbang Buttonville Municipal, Toronto ke Quebec City sebelum terhempas kira-kira 3 batu di barat laut lapangan terbang sekitar jam 5 petang.

Badan Keselamatan Pengangkutan Kanada dalam kenyataannya berkata pesawat itu menjunam sebelum terhempas.

Punca sebenar kejadian sedang disiasat.