China yang sejak beberapa tahun ini dikejutkan dengan siri skandal keselamatan makanan, mendedahkan terdapat sebanyak 500,000 kes pelanggaran peraturan keselamatan makanan dikenal pasti dalam tiga penggal pertama tahun ini.

Pihak berkuasa China pada Jumaat telah membongkar siri skandal kesihatan makanan, termasuk beras yang dicemari logam, penggunaan minyak kitar semula di restoran, dan jualan susu formula bayi yang mengandungi kandungan bahan kimia industri berbahaya niaitu melamin pada 2008.

Ketua Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China, Bi Jingquan, memberitahu Jawatankuasa Kongres Nasional Rakyat pada Jumaat, bahawa walaupun terdapat kemajuan dalam sektor makanan , masih banyak masalah yang belum diatasi.

Berdasarkan laporan daripada Bi yang disiarkan dalam laman web rasmi kongres berkenaan, jabatan keselamatan makanan China telah menjalankan lebih daripada 15 juta pemerikaan individu dalam tempoh tiga penggal pertama tahun ini dan menemui lebih daripada setengah juta kes salah laku serta pelanggaran peraturan.

Bi menjelaskan, antara kesalahan yang direkodkan adalah pengiklanan palsu, penggunaan produk tiruan, bahan tiruan, dan jualan produk makanan yang tercemar.

Salah satu kes yang berlaku di wilayah Jilin melibatkan penggunaan gelatin industri dalam makanan, manakala beberapa kes di wilayah Guizhou membabitkan penggunaan garam gtiruan dan berkualiti rendah.