awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,000 hektar alam semula jadi terbakar di Tenerife, Sepanyol

Bernama
Bernama
19/08/2023
13:30 MYT
5,000 hektar alam semula jadi terbakar di Tenerife, Sepanyol
Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 5,000 hektar kawasan hutan di pulau Tenerife di Kepulauan Canary Sepanyol. - Foto REUTERS
MADRID: Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 5,000 hektar kawasan hutan di pulau Tenerife di Kepulauan Canary Sepanyol, Presiden wilayah Fernando Clavijo mengumumkan pada petang Jumaat.
Perintah pemindahan beberapa ribu penduduk di daerah El Rosario ditarik balik, berikutan api merebak semakin perlahan, lapor agensi berita dpa.
Api, yang marak di timur laut pulau itu sejak lewat petang Selasa, dilaporkan berjaya dipadamkan oleh kira-kira 300 anggota kecemasan pada malam Jumaat.
Sebanyak 18 pesawat dan helikopter pemadam kebakaran dirancang dikerahkan semula pada pagi Sabtu.
Lebih 4,000 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan yang telah disediakan.
Punca kebakaran yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum dipastikan.
Menurut Presiden wilayah Clavijo, insiden ini mungkin paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun yang lalu.
Usaha memadam kebakaran dilaporkan terhalang dari awal ekoran bentuk muka bumi yang berceranggah dan cuaca buruk.
Jalan masuk ke gunung berapi popular Gunung Teide telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Pulau Tenerife
#sepanyol
#Fernando Clavijo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan