BANGKOK: Sebanyak 55 peratus penduduk Thailand sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 ketika kerajaan bersiap sedia menyambut kedatangan pelancong bermula 1 Nov.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata sejumlah 70,505,802 dos vaksin telah diberikan sejak kempen vaksinasi bermula pada 28 Feb lepas.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sekitar 40 juta dos pertama dan 28.3 juta dos kedua manakala 2,133,579 dos ketiga atau penggalak.
"Pihak berkuasa kesihatan meningkatkan usaha vaksinasi terutama di destinasi pelancongan yang akan menyambut pelancong bulan depan. Lebih banyak vaksin akan diedarkan ke kawasan-kawasan ini," katanya pada taklimat harian COVID-19 semalam.
Mulai 1 Nov, Thailand akan menyambut pelawat yang lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia dan mereka dikecualikan kuarantin.
Thailand berhasrat untuk menarik lebih satu juta pelancong bermula November hingga Mac.
Sementara itu, Apisamai berkata pihak berkuasa kesihatan awam akan mempercepat pemberian vaksin di wilayah selatan.
"Hingga kini, rata-rata 46 peratus penduduk di wilayah selatan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. Justeru, pihak kesihatan akan meningkatkan bekalan vaksin ke provinsi berkenaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi," katanya
Sejak 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 8,675 kes baharu COVID-19 dan korban seramai 44 orang. Secara keseluruhan jangkitan di negara ini berjumlah 1,859,157 kes dan kematian sebanyak 18,799 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Apisamai berkata, hingga kini, rata-rata 46 peratus penduduk di wilayah selatan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
STB menyasarkan 580,000 pelancong Indonesia tahun ini, dengan Sarawak menerima 540,000 pelancong setakat Oktober lalu.
Yuran masuk ke Istana Himeji Jepun meningkat lebih dua kali ganda untuk bukan pemastautin
Kerajaan tempatan Himeji di Wilayah Hyogo, akan mengemukakan rang undang-undang pada Mac untuk menaikkan harga tiket dewasa.
ERL, Tourism Malaysia meterai MOC, promosi VM2026 dan lancarkan perjalanan pelancong
ERL dan Tourism Malaysia akan bekerjasama untuk mempromosikan KL TravelPass, satu tiket bagi semua pengangkutan dan tawaran lain melalui pelbagai saluran digital.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.