awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia

Bernama
Bernama
25/10/2024
15:29 MYT
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
IPOH: Seorang pelancong warga Jepun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di KM230.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping tengah hari semalam disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
"Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan pada dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata polis telah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu bas berusia 41 tahun itu untuk membantu siasatan kemalangan berkenaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita dimaklumkan pemandu bas persiaran itu adalah individu dikehendaki polis berdasarkan daripada laporan sebelum ini, namun siasatan lanjut akan dilakukan," katanya.
Semalam, 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera apabila bas persiaran dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di KM230.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu bas dan pemandu pelancong manakala bakinya tiga lelaki dan lapan wanita adalah warganegara Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#warga jepun
#nahas bas
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan