awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

56 maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam

Bernama
Bernama
13/09/2023
15:01 MYT
56 maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam
Kebakaran sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 56 orang dan mencederakan 37 yang lain setakat petang Rabu. - Foto REUTERS
HANOI: Kebakaran sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 56 orang dan mencederakan 37 yang lain setakat petang Rabu.
Sebanyak 39 daripada 56 mayat telah dikenal pasti, lapor Agensi Berita Vietnam.
Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, pemilik blok pangsapuri sembilan tingkat di daerah Thanh Xuan itu telah ditahan kerana melanggar peraturan mengenai pencegahan kebakaran.
Terdahulu pada awal pagi Rabu, puluhan penduduk dilaporkan terbunuh manakala 54 lagi dimasukkan ke hospital selepas blok pangsapuri itu terbakar sebelum tengah malam Selasa, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri yang dihuni 150 orang di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.
Dalam lapan bulan pertama tahun ini, Vietnam mencatatkan 1,286 kebakaran dan letupan yang membunuh 69 orang, mencederakan 64 yang lain, selain menyebabkan kerugian harta benda hampir 200.7 bilion dong Vietnam (US$8.3 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebakaran pangsapuri
#Hanoi
#Vietnam
#Thanh Xuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan