awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

59 keranda kuno era Firaun terawal ditemukan di Mesir

Agensi
Agensi
04/10/2020
03:42 MYT
59 keranda kuno era Firaun terawal ditemukan di Mesir
Penemuan dramatik itu digali di selatan Kaherah di tanah perkuburan Saqqara, kota kuno Memphis, yang juga merupakan sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO - Gambar AP
KAHERAH:Di sebalik usaha Mesir menghidupkan kembali sektor pelancongan di negara itu yang terkesan akibat COVID-19, ahli arkeologi Mesir semalam mendedahkan penemuan 59 keranda purba yang dianggarkan berusia lebih 2,500 tahun.
Penemuan dramatik itu digali di selatan Kaherah di tanah perkuburan Saqqara, kota kuno Memphis, yang juga merupakan sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.
Memetik agensi berita antarabangsa, salah satu keranda yang dihiasi dengan hiasan dibuka oleh pasukan arkeologi sebelum menunjukkan mumia yang dibalut dengan kain tertera tulisan hieroglif dalam warna terang.
“Kami sangat gembira dengan penemuan ini,” demikian memetik Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri.
Lebih dua minggu lalu, kira-kira 13 keranda kuno turut ditemukan dalam kedalaman sekitar 12 meter (40 kaki).
Difahamkan, semua keranda tersebut akan dibawa ke Muzium Besar Mesir di Dataran Tinggi Giza yang dijangka akan dibuka dalam tempoh terdekat
Difahamkan, semua keranda tersebut akan dibawa ke Muzium Besar Mesir di Dataran Tinggi Giza yang dijangka akan dibuka dalam tempoh terdekat
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Barang Antik, Dr Khaled Al-Anani memaklumkan pihaknya menjangkakan lebih banyak keranda kayu yang tertanam masih belum ditemukan di lokasi berkenaan.
Jelas Khaled, keranda purba yang dianggarkan berusia 2,500 tahun itu berasal dari Zaman Akhir Mesir Kuno sekitar abad keenam atau ketujuh Sebelum Masihi (SM).
“Saya telah menyaksikan pembukaan salah satu keranda itu, mumia itu seolah-olah baru diawet semalam,” tambahnya.
Berpuluh-puluh patung turut ditemui di kawasan berkenaan termasuk sebuah patung gangsa mirip Nefertem - seorang dewa purba bunga teratai.
Menurut Khaled, kajian awal menunjukkan bahawa sarkofagi (keranda batu) dipercayai milik para imam, negarawan kanan, serta tokoh terkemuka dalam masyarakat Mesir Kuno dari dinasti ke-26.
Difahamkan, semua keranda tersebut akan dibawa ke Muzium Besar Mesir di Dataran Tinggi Giza yang dijangka akan dibuka dalam tempoh terdekat
Dinasti ke-26 Mesir adalah dinasti asli terakhir yang memerintah Mesir sebelum penaklukan Parsi pada tahun 525 SM.
Era kekuasaan dinasti ke-26 juga dikenal sebagai Zaman Saite (berasal dari Sais, ibu kota yang dimiliki oleh Firaun).
Topic Berkaitan
#Unesco
#pelancongan
#Keranda kuno
#Mesir Purba
#Zaman pemerintahan Firaun
#Dinasti ke-26 Mesir Kuno
#COVID-19
#Mumia Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan