LEBIH 6.69 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.23 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 990 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 407 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 277 juta dos sementara Jepun lebih 180 juta dos.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 173 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 65 juta manakala Filipina 52 juta dan Malaysia melebihi 48 juta, manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.