awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 bekas pegawai kerajaan Guatemala dipenjara berhubung 41 remaja maut dalam kebakaran 2017

Agensi
Agensi
13/08/2025
00:20 MYT
6 bekas pegawai kerajaan Guatemala dipenjara berhubung 41 remaja maut dalam kebakaran 2017
Seorang mangsa yang terselamat ditenangkan di mahkamah pada Selasa selepas hakim membacakan keputusan terhadap tujuh individu yang didakwa bertanggungjawab dalam kebakaran 2017 di sebuah pusat perlindungan remaja. - Gambar AP
GUATEMALA CITY : Mahkamah Guatemala pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara antara enam hingga 25 tahun terhadap enam bekas pegawai kerajaan berhubung tragedi kebakaran di sebuah pusat perlindungan remaja pada 2017 yang mengorbankan 41 gadis.
Hakim Ingrid Cifuentes memutuskan kesemua tertuduh - dua bekas pegawai polis dan empat bekas pegawai perlindungan kanak-kanak bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk penyalahgunaan kuasa dan menyebabkan kematian tanpa niat.
Kesemua mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah. Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman sehingga 131 tahun penjara terhadap sebahagian tertuduh.
Bagaimanapun, hakim berkata, beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan terhadap seorang lagi defendan yang merupakan bekas pendakwa kanak-kanak di pejabat Peguam Negara.
Selain menjatuhkan hukuman penjara, Cifuentes turut mengarahkan siasatan terhadap bekas Presiden Jimmy Morales yang menerajui Guatemala ketika kejadian.
Emily del Cid Linares, 25, salah seorang mangsa yang terselamat dan mengalami kecederaan melecur, melahirkan rasa lega dengan keputusan itu.
“Saya rasa seperti satu beban telah terangkat. Apa yang paling saya rasa ialah mereka (mangsa) akhirnya dapat bersemadi dengan tenang. Mereka yang bertanggungjawab akan membayar harga atas perbuatan mereka,” katanya.
Tragedi di Pusat Perlindungan Remaja Virgen de la Asuncion, yang terletak kira-kira 22 kilometer dari ibu negara mencetuskan kemarahan rakyat dan mendedahkan masalah penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dalam sistem perlindungan kerajaan.
Kebakaran itu tercetus pada 8 Mac 2017, setahun selepas pusat berkenaan yang menempatkan ratusan kanak-kanak melebihi kapasiti sah diarah ditutup oleh mahkamah.
Api dipercayai bermula di sebuah bilik darjah yang mengurung 56 remaja perempuan selepas mereka cuba melarikan diri sehari sebelumnya.
Mereka dibawa kembali oleh polis dan dikurung di dalam bilik tanpa kemudahan tandas.
Saksi mendakwa seorang gadis menyalakan tilam busa sebagai tanda protes terhadap layanan buruk, termasuk dakwaan penderaan seksual.
Daripada 56 mangsa yang terperangkap, 19 maut pada hari kejadian manakala 22 lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan.
Seramai 15 remaja lain mengalami kecederaan serius. - Agensi
Topic Berkaitan
#kebakaran Guatemala
#pusat perlindungan remaja
#41 remaja maut
#pegawai Guatemala dipenjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan