awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan rambang

Agensi
Agensi
03/04/2022
15:22 MYT
6 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan rambang
Pihak berkuasa meminta bantuan orang awam menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut. - Foto REUTERS
POLIS di California sedang mengesan sekurang-kurangnya seorang suspek berhubung kejadian tembakan rambang yang berlaku pada awal pagi Ahad waktu tempatan.
Kejadian dilaporkan berlaku di pusat bandar Sacramento yang meragut enam nyawa dan menyebabkan 10 yang lain cedera.
Ketua Polis Sacramento, Kathy Lester berkata polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut sekitar jam 2 pagi telah mendengar bunyi tembakan.
Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mereka melihat orang ramai berkumpul di tengah jalan dan mendapati enam individu telah meninggal dunia, manakala 10 lagi yang cedera telah dibawa ke hospital.
Tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mereka ketika ini.
Pihak berkuasa juga tidak dapat mengenal pasti sama ada kejadian itu turut dilakukan oleh individu lain.
Justeru, pihak berkuasa meminta bantuan orang awam menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut.
Polis turut tidak menyatakan jenis senapang yang digunakan dalam insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#insiden tembakan
#maut tembakan
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan