SULAIMANIYA: Enam individu termasuk seorang anggota tentera maut dalam satu serangan dron di lapangan terbang tentera di utara Iraq pada Isnin.
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan mengesahkan bahawa serangan berlaku di Lapangan Terbang Arbat, yang terletak 28 kilometer di tenggara bandar Suleimaniyah.
Serangan itu, turut mengakibatkan tiga anggota pasukan Peshmerga Kurdistan cedera.
Media tempatan melaporkan, lapangan terbang tersebut sedang dalam proses naik taraf dan pemulihan untuk menyediakan pusat latihan antikeganasan berkaitan Parti Kesatuan Patriotik Kurdistan yang mempunyai konflik dengan pemerintahan pusat di Sulaymaniyah.
Bagaimanapun, Sulaymaniyah mendakwa, Turki merupakan dalang utama di sebalik serangan tersebut.
Menurut Iraq, Turki sering melakukan serangan ke atas sasaran di Syria dan Iraq yang dipercayai berkaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah kumpulan pemisah Kurdistan yang telah memulakan pemberontakan terhadap Turki sejak tahun 1980-an.
Pada April lalu, Turki menutup ruang udara negara itu untuk penerbangan keluar masuk dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sulaymaniyah, dengan alasan peningkatan yang didakwa dalam aktiviti militan Kurdistan yang mengancam keselamatan penerbangan.
Astro Awani
Tue Sep 19 2023
Keadaan di Lapangan Terbang Arbat yang diserang menggunakan dron pada Isnin. - Foto Twitter/Blesa Shaways
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Tentera AS tembak jatuh dron Iran
Sebahagian besar dron Iran berjaya dipintas sebelum mendarat ke sasaran serangan.
'Kami sudah bersedia diserang Iran' - Netanyahu
Menurut Netanyahu, sistem pertahanan mereka sudah dalam keadaan siap siaga, sejak beberapa minggu lalu.
Iran lancar dron serang Israel
Berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.
3 tentera AS terbunuh, lebih 30 cedera dalam serangan dron di Jordan
Presiden Joe Biden dakwa serangan dilakukan kumpulan militan radikal yang disokong oleh Iran.
Israel lancar serangan dron di Tebing Barat
Penduduk di sana mengecam tindakan berkenaan dan berkata, serangan terbabit merupakan siri membalas dendam Zionis.
80 maut, ratusan cedera dalam serangan dron semasa konvokesyen kolej tentera Syria
Kementerian Pertahanan menyalahkan "kumpulan pengganas yang disokong oleh pihak antarabangsa terkenal."
6 maut serangan dron di lapangan terbang
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan mengesahkan bahawa serangan berlaku di Lapangan Terbang Arbat.
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia
Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
Moscow diserang tiga dron - Kementerian Pertahanan Rusia
Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa Ukraine menyerang Moscow menggunakan tiga dron, dua daripadanya ditembak jatuh, manakala dron ketiga berjaya disekat.
Zelenskyy beri amaran 'peperangan' akan tercetus di Rusia
Ukraine kini semakin kuat namun harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga ketika musim sejuk.