Skip to main content

Malaysia

Jadual waktu solat Selangor diubah ikut daerah, bukan lagi zon mulai 2027 - Mufti

Umat Islam tidak perlu khuatir terhadap perubahan berkenaan selain menasihatkan untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan jadual waktu solat baharu itu. - Gambar hiasan
Umat Islam tidak perlu khuatir terhadap perubahan berkenaan selain menasihatkan untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan jadual waktu solat baharu itu. - Gambar hiasan

Ringkasan AI

  • Jadual waktu solat Selangor akan diubah mengikut daerah bermula 1 Januari 2027, menggantikan sistem tiga zon sedia ada.
  • Perubahan ini bertujuan meningkatkan ketepatan waktu solat berdasarkan geografi sembilan daerah di Selangor.
  • Umat Islam dinasihatkan merujuk laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk jadual baharu dan penjelasan lanjut akan diperhebatkan.
Advertisement

SHAH ALAM: Jadual waktu solat Selangor bakal diubah kepada mengikut daerah berbanding tiga zon bermula 1 Jan 2027.

Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir berkata perubahan itu bagi meningkatkan ketepatan waktu solat berdasarkan kedudukan geografi setiap daerah membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. 

“Jika dahulu tiga zon maknanya gabungan, sekarang ini akan lebih kecil iaitu setiap daerah ada jadual waktu solat tersendiri,” katanya. 

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Taklimat Perubahan Zon Waktu Solat Negeri Selangor Berdasarkan Daerah di sini hari ini. 

Anhar berkata penentuan waktu solat baharu itu timbul susulan aduan dan semakan mendapati berlaku laungan azan yang tidak konsisten pada Ramadan sehingga mengganggu ibadah puasa. 

Advertisement

Beliau berkata umat Islam tidak perlu khuatir terhadap perubahan berkenaan selain menasihatkan untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan jadual waktu solat baharu itu. 

Anhar berkata pihaknya akan mempergiat usaha penjelasan kepada setiap kariah di seluruh Selangor dalam menjamin kesempurnaan ibadah umat Islam di negeri berkenaan. 

“Jadual waktu solat bagi sembilan daerah untuk 2027 sudah disediakan dan boleh dirujuk menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor.

“Insya-Allah untuk aplikasi Iman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga kita sedang berbincang bagi memasukkan jadual waktu solat Selangor baharu,” katanya. 

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement