awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 hari selepas pilihan raya, Jerman masih belum tubuh kerajaan

Agensi
Agensi
20/11/2017
03:37 MYT
60 hari selepas pilihan raya, Jerman masih belum tubuh kerajaan
Angela Merkel masih belum dapat menubuhkan kerajaan majoriti walaupun telah 60 hari berlalu sejak pilihanraya umum berlangsung. - Gambar fail
PERBINCANGAN mengenai pembentukan kerajaan campuran di Jerman menemui jalan buntu selepas parti liberal FDP menyingkirkan diri dari meja rundingan.
Pemimpin FDP Christian Lindner mengatakan beliau tidak ada "asas kepercayaan" terhadap blok CDU / CSU Canselor Angela Merkel dan parti pro-persekitaran, Greens.
Berikutan kegagalan membentuk kerajaan persekutuan setelah hampir 60 hari pilihan raya umum (PRU) Jerman selesai, Merkel harus bertemu dengan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, yang mempunyai kuasa mutlak untuk memanggil pilihan raya yang baru.
Blok Merkel telah memenangi PRU pada bulan September lalu, tetapi ramai pengundi telah meninggalkan parti-parti utama di negara itu.
Selepas memenangi kerusi parlimen pertama mereka, parti ekstrimis AfD (Alternative for Germany) telah bersumpah untuk melawan "serangan orang asing" ke negara itu.
BBC memetik Merkel berkata, beliau menyesali rundingan pembentukan kerajaan telah gagal dan menyatakan bahawa beliau akan bertemu dengan presiden Jerman pada Isnin untuk secara rasmi memaklumkan yang perbincangan itu telah tamat.
"Hari ini negara Jerman harus cermin diri dan bertanya kepada diri sendiri, bagaimana kita sebagai sebuah negara harus maju ke hadapan," katanya.
"Sebagai Canselor, saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan negara ini dapat diuruskan dengan baik pada minggu-minggu yang sukar akan datang."
Merkel mempunyai beberapa penyelesaian yang boleh diambil untuk membentuk sebuah kerajaan. Antaranya, dengan mengadakan pilihan raya awal.
Beliau juga boleh membentuk kerajaan minoriti dengan Greens, yang masih belum memberi komen tentang rundingan yang gagal ini.
Topic Berkaitan
#AfD
#Angela Merkel
#Brexit
#EU
#European Union
#Germany
#Jerman
#kerajaan
#Nazi
#Perancis
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan