awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 terkorban letupan lori tangki minyak di Haiti

Bernama
Bernama
15/12/2021
03:37 MYT
60 terkorban letupan lori tangki minyak di Haiti
Seorang lelaki menyelamatkan bangku dari sebuah rumah yang musnah susulan kejadian lori tangki bahan api terbalik dan meletup di Cap-Hatien, Haiti, 14 Dis 2021. (Foto AP)
CAP-HAITIEN: Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 60 orang apabila sebuah lori tangki bahan api meletup di bandar pelabuhan Cap-Haitien di utara Haiti pada Selasa, kata seorang pegawai tempatan.
Berpuluh-puluh orang cedera dan dibawa ke hospital di Cap-Haitien, bandar kedua terbesar di Haiti, lapor Xinhua memetik Timbalan Datuk Bandar Patrick Almonor yang menyifatkan letupan itu sebagai "mengerikan."
"Anggota bomba sedang membuat penilaian awal untuk menentukan jumlah rumah yang terbakar" akibat letupan itu, tambah Almonor.
Kerajaan mengumumkan akan membina hospital medan untuk merawat mangsa yang cedera memandangkan kawasan hospital sesak dengan mangsa.
Menurut Timbalan Datuk Bandar, letupan berlaku pada pagi Selasa selepas lori tangki itu cuba mengelak sebuah motosikal dan terbalik. Beberapa bahan api melimpah keluar.
Haiti bergelut dengan kekurangan bahan api dan harga gas yang melambung tinggi, dicetuskan oleh tindakan kumpulan bersenjata.
Pada 25 Okt, anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kesukaran menghantar bahan api di Haiti berkemungkinan akan mengorbankan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#lori tangki minyak
#angka kematian
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan