awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

65,000 cawan kopi hilang dari kilang Tesla di Jerman

Bernama
Bernama
11/07/2024
10:38 MYT
65,000 cawan kopi hilang dari kilang Tesla di Jerman
Pengurus kilang, Andre Thierig dalam mesyuarat kakitangan pada Isnin membangkitkan isu kehilangan 65,000 cawan kopi. - Reuters
BERLIN: Pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla kini berhadapan dengan isu dalaman melibatkan puluhan ribu cawan kopi yang hilang di kilangnya di Grunheide, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengurus kilang, Andre Thierig membangkitkan isu ini dalam mesyuarat kakitangan pada Isnin sambil menyatakan bahawa sejumlah 65,000 cawan kopi tidak dapat dikesan.
Beliau secara berseloroh berkata, "Secara statistik, setiap daripada anda mungkin sudah memiliki lima cawan kopi Ikea di rumah," menurut rakaman mesyuarat kakitangan yang dipetik akhbar perniagaan Handelsblatt pada Rabu.
Thierig menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai cawan yang hilang itu bukanlah bertujuan untuk menuduh sesiapa.
Beliau turut membangkitkan isu-isu lain dalam mesyuarat itu, termasuk pembukaan gimnasium baharu untuk kira-kira 12,000 pekerja.
Disebabkan kehilangan peralatan itu, cawan kopi berkenaan tidak lagi disediakan pihak syarikat dan Tesla kini memperkenalkan cawan boleh kitar semula.
Tesla membuka satu-satunya kilang kereta elektriknya di Eropah di Grunheide, berhampiran Berlin, lebih dua tahun lalu. Pengeluaran dijangka terus berkembang dan prosedur kelulusan telah dimulakan di negeri Brandenburg.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cawan hilang
#kilang tesla
#Jerman
#cawan kopi
#Grunheide
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan