MOSCOW: Kira-kira dua pertiga rakyat Ukraine mahu rundingan damai dengan Rusia dimulakan segera bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara, menurut tinjauan Gallup, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut tinjauan itu, 66 peratus responden berpandangan Ukraine perlu memulakan rundingan secepat mungkin, manakala kurang satu perempat berpendapat sebaliknya.
Sebanyak 11 peratus lagi tidak menyatakan pendirian, menurut tinjauan yang diumumkan pada Selasa.
Gallup bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh tinjauan dijalankan, jumlah responden atau margin ralat statistik.
Rusia berulang kali menegaskan kesediaannya untuk mencari penyelesaian menerusi rundingan berhubung krisis Ukraine berdasarkan persefahaman yang dicapai antara Presiden Russia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada sidang kemuncak di Alaska.
Menurut Moscow, persefahaman itu merangkumi usaha menangani punca utama konflik, termasuk ancaman terhadap keselamatan negara Rusia.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI