Skip to main content

Dunia

Angka korban Ebola di DR Congo lebih 4,000

Sebanyak 2,162 pesakit telah pulih, manakala kadar kematian keseluruhan kes adalah 48.4 peratus, menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan. - AP
Sebanyak 2,162 pesakit telah pulih, manakala kadar kematian keseluruhan kes adalah 48.4 peratus, menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan. - AP

Advertisement

KINSHASA: Angka korban akibat wabak Ebola yang sedang melanda Republik Demokratik Congo (DR Congo) melepasi 4,000 orang, dengan 4,018 kematian dilaporkan daripada 8,300 kes yang disahkan di tujuh wilayah, menurut angka terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Congo pada Jumaat, lapor Xinhua.

Sebanyak 2,162 pesakit telah pulih, manakala kadar kematian keseluruhan kes adalah 48.4 peratus, menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan.

Badan amal perubatan antarabangsa Medecins Sans Frontieres (MSF) pada Khamis memberi amaran bahawa angka sebenar akibat wabak yang sedang berlaku itu berkemungkinan lebih tinggi daripada yang dilaporkan secara rasmi.

“Angka sebenar berkemungkinan lebih tinggi berikutan kelompongan dalam pemantauan dan pengesanan kes,” menurut pertubuhan itu.

Wabak berkenaan menjadi yang terbesar dan paling banyak meragut nyawa pernah direkodkan di DR Congo serta wabak Ebola kedua terbesar di dunia selepas epidemik di Afrika Barat pada 2014 hingga 2016.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement