awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh

Bernama
Bernama
28/01/2025
13:15 MYT
7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Kementerian Luar Bangladesh (MoFA) mengesahkan perkembangan ini semasa taklimat media mingguan pada Isnin. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
DHAKA (Bangladesh): Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Kementerian Luar Bangladesh (MoFA) mengesahkan perkembangan ini semasa taklimat media mingguan pada Isnin.
Jurucakap MoFA Mohammad Rafiqul Alam berkongsi butiran mengenainya, dengan memaklumkan pada 5 Dis 2024, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kuala Lumpur.
Pertemuan itu terutamanya membincangkan kelewatan yang berpanjangan dalam proses migrasi hampir 18,000 pekerja Bangladesh.
Semasa perbincangan, Saifuddin mencadangkan penubuhan Kumpulan Teknikal Bersama bagi mempercepatkan kemasukan pekerja secara berperingkat.
Kumpulan itu terdiri daripada wakil Jabatan Imigresen Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Selepas penubuhan kumpulan itu, dua mesyuarat diadakan pada 31 Dis 2024 dan 14 Jan 2025, apabila senarai lebih 17,000 pekerja disemak dan disahkan dengan pihak berkepentingan Malaysia.
Proses ini menghasilkan pemilihan 7,964 pekerja untuk kemasukan segera dalam fasa pertama, kata Mohammad Rafiqul.
Jurucakap itu turut berkata pekerja itu dianggap layak untuk perjalanan segera ke Malaysia.
Ditanya mengenai prosedur perjalanan untuk para pekerja ini, Mohammad Rafiqul berkata Jawatankuasa Teknikal Bersama sedang meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan persiapan yang diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Imigresen
#Kementerian Luar
#fasa pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan