awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut, 9 hilang selepas kabel sokongan jambatan putus di China

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2025
07:10 MYT
7 maut, 9 hilang selepas kabel sokongan jambatan putus di China
Jambatan berkenaan merupakan sebahagian projek landasan kereta api Sichuan-Qinghai dan dikatakan sebagai jambatan gerbang keluli berkembar terbesar di dunia yang dibina merentasi Sungai Kuning, sungai kedua terpanjang di China. -Foto Wikipedia
QINGHAI: Sekurang-kurangnya tujuh pekerja disahkan maut manakala sembilan lagi dilaporkan hilang selepas kabel sokongan di sebuah tapak pembinaan jambatan di barat laut China terputus awal pagi Jumaat.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya tujuh pekerja maut dan sembilan hilang selepas kabel sokongan putus di tapak pembinaan jambatan Sungai Kuning di Qinghai, China.
  • Jambatan tersebut merupakan sebahagian projek landasan kereta api Sichuan-Qinghai dan dikatakan sebagai jambatan gerbang keluli berkembar terbesar di dunia.
  • Insiden ini mencetuskan semula kebimbangan terhadap tahap keselamatan industri pembinaan di China yang sering dikaitkan dengan penguatkuasaan peraturan yang longgar.

Menurut laporan media rasmi China, insiden berlaku sekitar jam 3 pagi di tapak pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Kuning di wilayah Qinghai.
Ketika kejadian, seramai 15 pekerja dan seorang pengurus projek berada di lokasi, lapor AFP.
Jambatan berkenaan merupakan sebahagian daripada projek landasan kereta api Sichuan-Qinghai dan dikatakan sebagai jambatan gerbang keluli berkembar terbesar di dunia yang dibina merentasi Sungai Kuning, sungai kedua terpanjang di China.
Imej yang disiarkan oleh People's Daily menunjukkan struktur jambatan yang masih belum siap sepenuhnya, dengan menara perancah dan kren pembinaan kelihatan di kedua-dua sisi.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan kecemasan tempatan.
Insiden ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan industri pembinaan di China, yang sering dikaitkan dengan penguatkuasaan peraturan yang longgar dan piawaian keselamatan yang tidak konsisten.
Pada Disember tahun lalu, 13 orang dilaporkan hilang selepas berlaku runtuhan di tapak pembinaan landasan kereta api di Shenzhen, selatan China, tanpa sebarang mangsa yang terselamat dilaporkan.
Topic Berkaitan
#pekerja pembinaan maut
#tapak pembinaan jambatan
#Sungai Kuning di Qinghai China
#landasan kereta api Sichuan-Qinghai
#kabel sokongan putus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan