awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg

Agensi
Agensi
31/08/2023
13:34 MYT
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Antara jasad mangsa yang berjaya dibawa keluar oleh pasukan pencari dari bangunan yang musnah dijilat api di Johannesburg. - Reuters
JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 73 orang maut, termasuk tujuh kanak-kanak, dan lebih 50 yang lain dilaporkan cedera dalam kebakaran sebuah bangunan di Johannesburg, Afrika Selatan.
Menurut laporan BBC, pihak berkuasa menegaskan mereka masih belum mengetahui punca tercetusnya kebakaran di bangunan lima tingkat itu yang terletak di pusat bandar berkenaan.
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menyifatkan kejadian itu sebagai "satu tragedi besar”.
Majlis Bandar Johannesburg dalam sidang akhbar mengesahkan bahawa pihaknya memiliki bangunan itu, namun mengakui ia telah diambil alih oleh kartel.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Robert Mulaudzi, memberitahu BBC bahawa anggota bomba telah dapat membawa keluar beberapa penghuni.
Beliau berkata, kebakaran telah memusnahkan bangunan itu dan usaha mencari mangsa lain diteruskan.
Bercakap secara berasingan kepada Newzroom Afrika, Mulaudzi berkata, bayi berusia 18 bulan merupakan korban termuda, daripada tujuh kanak-kanak yang juga meninggal dunia akibat tragedi itu.
Pegawai pengurusan bencana turut berada di kawasan itu bagi membantu memberi bantuan kepada penduduk yang terselamat.
Menurut Mulaudzi, tempat kejadian akan diserahkan kepada perkhidmatan polis Afrika Selatan selepas selesai operasi mencari mangsa.
"Kami bergerak tingkat demi tingkat menjalankan operasi pencarian mayat ini," katanya.
Dalam pada itu, Ramaphosa berkata, beliau berharap siasatan ke atas kebakaran itu akan membolehkan masyarakat dan pihak berkuasa menghalang tragedi seumpama itu berulang.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#kebakaran
#Johannesburg
#bangunan tinggal
#gelandangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan