awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut, 14 cedera dalam kejadian tembakan di Mexico

Bernama
Bernama
03/09/2020
02:06 MYT
8 maut, 14 cedera dalam kejadian tembakan di Mexico
Pihak berkuasa mengatakan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada jenayah terancang. - Gambar hiasan
Lapan terbunuh manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Cuernavaca, bandar percutian hujung minggu yang popular Mexico City, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan pada Rabu.
Menurut saksi kejadian penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang sedang berkabung berikutan kematian seorang pemuda akibat nahas jalan raya.
Pejabat Peguam Negara Morelos dan polis negeri berkata dalam satu kenyataan, dua remaja, berusia 15 dan 16 tahun antara yang maut dalam serangan berlaku kira-kira 10.40 malam waktu tempatan pada Selasa.
Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang lain ketika dalam perjalanan ke hospital.
Tiga wanita dan 11 lelaki yang cedera, termasuk dua kanak-kanak turut dirawat di hospital.
Pihak berkuasa mengatakan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada jenayah terancang.
Bandar Cuernavaca, sejak kebelakangan ini menyaksikan peningkatan jenayah berkaitan dadah kerana terletak di laluan perdagangan antara selatan Mexico dan sempadan utara dengan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berkabung
#Cuernavaca
#jenayah terancang
#laluan perdagangan
#Mexico
#Mexico City
#Morelos
#penyerang
#polis
#rumah
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan