awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 peratus pusat perdagangan bandar Pattani lumpuh akibat banjir

Bernama
Bernama
01/12/2017
21:02 MYT
80 peratus pusat perdagangan bandar Pattani lumpuh akibat banjir
Wilayah Pattani di selatan Thailand merupakan antara wilayah yang paling teruk dilanda banjir setakat ini dengan empat daripada 12 kematian dicatatkan di wilayah itu. --fotoBERNAMA
Banjir yang melanda wilayah Pattani telah melumpuhkan 80 peratus daripada pusat perdagangan utamanya dan mengakibatkan golongan peniaga menanggung kerugian yang besar akibat bencana itu.
Datuk Bandar Pattani Piktak Kokiart berkata air banjir setinggi 50cm mula memasuki pusat perdagangan utama bandar itu sejak pagi tadi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Bencana banjir di Pattani itu telah mengakibatkan 500 kampung, 18,116 keluarga dengan 32,400 orang terjejas serta menyebabkan 58 buah sekolah ditutup. Empat orang meninggal dunia di wilayah itu akibat banjir.
Bencana banjir di selatan Thailand sehingga hari ini telah mengorbankan 12 nyawa.
Sementara itu, Gabenor Pattani Wiranan Penjang berkata enam daerah paling buruk dilanda banjir di wilayah itu adalah Nongchik, Mae-lan, Yarang, Khokpo, Yaring dan Muang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#keluarga
#meninggal dunia
#Pattani
#peniaga
#sekolah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan