awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2025
00:45 MYT
9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
Kumpulan hak asasi terus menyeru agar tahanan Palestin diberikan keadilan dan perlindungan hak asasi manusia yang sewajarnya. - Gambar hiasan
SURUHANJAYA Urusan Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 9,500 tahanan Palestin masih meringkuk di penjara Israel termasuk 21 wanita dan 350 kanak-kanak.
Menurut kenyataan bersama itu, 3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.
Ia menyebut, terdapat kira-kira 1,555 tahanan dari Gaza kini berada di penjara Israel.
Angka ini hampir dua kali ganda berbanding jumlah tahanan sebelum perang Israel terhadap Gaza pada Oktober 2023 yang ketika itu terdapat hampir 5,240 rakyat Palestin di penjara Israel.
Sejak Oktober 2023, serangan ganas Israel di Gaza mengakibatkan hampir 48,400 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 111,000 lagi cedera.
Serangan yang telah memusnahkan Gaza telah dihentikan sementara di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada 19 Januari.
Kumpulan hak asasi terus menyeru agar tahanan Palestin diberikan keadilan dan perlindungan hak asasi manusia yang sewajarnya, sambil mengutuk dasar tahanan pentadbiran Israel yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa malah banyak pihak mendesak agar tekanan antarabangsa ditingkatkan untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin yang terus terperangkap dalam konflik yang berlarutan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#penjara
#Palestin
#Israel
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan