JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia berjumlah lebih 9.96 bilion sehingga pagi Khamis.

Data juga mendedahkan, China mendahului dengan lebih 2.87 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.67 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 537 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 360 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 206 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 313 juta dos.

Ini diikuti Filipina 127 juta manakala Thailand melebihi 115 juta dan Malaysia pula lebih 63 juta.

Singapura melepasi 11 juta dos vaksin yang didaftarkan.