awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 ditahan dipercayai dalang serangan bom di Turki

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2013
00:05 MYT
9 ditahan dipercayai dalang serangan bom di Turki
Kerajaan Turki menahan Sembilan warganya dipercayai ada kaitan dengan agensi perisikan Syria dan siri letupan kereta di bandar Reyhanli.
Menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Muammer Guler, kerajaan sedang menyiasat dalang serangan itu dan akan dibawa ke muka pengadilan.
“Kami percaya salah seorang yang ditahan adalah perancangan utama serangan berkenaan,” kata Muammer dengan tegas.
Sebelum ini, Menteri Penerangan Syria, Omran Al-Zoubi menafikan dakwaan letupan itu didalangi kerajaan Syria pimpinan Presiden Syria, Bashar Assad.
Katanya, Syria tidak akan melakukan perkara sedemikian.
Menteri Syria itu juga menuduh Turki menjadi pihak yang mengancam kestabilan kawasan sempadannya.
Omran turut menuduh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai pembunuh dan kerajaan Turki sebagai kerajaan pelampau.
Serangan bom kereta itu mengakibatkan seramai 43 orang terbunuh dan mencederakan lebih 140 yang lain.
Dua letupan berlaku di jalan paling sibuk di Reyhanli itu menimbulkan kebimbangan bahawa Turki semakin terjebak dengan perang di Syria.
Ini kerana Turki telah member perlindungan kepada komander pemberontak Syria, selain berates ribu pelarian.
Kawasan sempadan kedua negara telah menyaksikan siri pertempuran sengit antara puak pemberontak dan tentera Syria.
Sementara itu, pada Februari lalu, serangan bom kereta di sempadan Syria dan Turki membunuh 14 orang.
Topic Berkaitan
#bom
#Republik Islam
#serangan
#Syria
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan