GUATEMALA: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 20 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di konsert meraikan Hari Kemerdekaan Guatemala di bandar Quetzaltenango pada Khamis.

Menurut laporan Palang Merah Guatemala, pihaknya dan anggota bomba bertindak membantu lebih 20 orang yang cedera mendapatkan rawatan di hospital.

Rempuhan berlaku di satu daripada pintu keluar menghala tapak pameran di luar konsert, dan pihak berkuasa Guatemala sedang menyiasat punca kejadian.

Tarikh 15 Sept menandakan ulang tahun kemerdekaan ke-201 Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras dan Nicaragua.

-- BERNAMA