awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 pelajar hilang, mayat dicampak tepi jalan rupanya dibunuh kumpulan gengster

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2025
08:51 MYT
9 pelajar hilang, mayat dicampak tepi jalan rupanya dibunuh kumpulan gengster
Mayat mangsa ditemui di tepi lebuh raya. - Gambar/ Agensi
MEXICO: Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya Mexico mendedahkan bahawa punca kematian sembilan pelajar yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai akibat dibunuh oleh kumpulan gengster.

Ringkasan AI
  • Sembilan pelajar yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh oleh kumpulan gengster di Oaxaca, Mexico.
  • Pelajar-pelajar tersebut dijemput oleh ahli kumpulan Los Brujos, Jos 'EL Jocha' Lavariega, dan diberi kebenaran untuk melakukan jenayah.
  • Aktiviti jenayah pelajar-pelajar tersebut tidak diterima oleh kumpulan pengedaran dadah lain, menyebabkan mereka dibunuh.

Beliau yang tidak mendedahkan namanya itu dalam satu kenyataan kepada DailyMail.com pada Khamis, menyatakan bahawa ahli kumpulan Los Brujos, yang dikenali sebagai José 'EL Jocha' Lavariega telah menjemput kesemua mangsa sebelum kejadian pembunuhan berlaku.
Menurut laporan portal tersebut, selepas kesemua mangsa menyertai kumpulan itu, mereka diberikan kebenaran untuk melakukan jenayah di Oaxaca.
Kumpulan pelajar dari Tlaxcala, yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita akhirnya memulakan satu siri rompakan dan kecurian.
Namun, tindakan mereka tidak diterima baik oleh salah satu kumpulan jenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah yang beroperasi di Oaxaca kerana mereka telah melampaui batas dengan aktiviti yang mengancam di wilayah pesaing.
Ia akhirnya menyebabkan dibunuh.
Mexico sebelum ini dikejutkan dengan laporan bahawa mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di Oaxaca baru-baru ini. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pelajar hilang
#gengster
#Mexico
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan