awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru di Indonesia Meletus dua kali pada Khamis, hambur abu setinggi 700 meter
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF

Bernama
Bernama
29/01/2026
20:15 MYT
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
Kanak-kanak Sudan menanggung kesan krisis kemanusiaan yang meruncing akibat keganasan, kehilangan tempat tinggal, penyakit serta kebuluran. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis berkata, Sudan kini berdepan krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia, dengan dianggarkan 9.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di 18 negeri akibat hampir tiga tahun konflik berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut UNICEF, kanak-kanak Sudan khususnya menanggung kesan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat keganasan, kehilangan tempat tinggal, penyakit serta kebuluran yang meluas.
Agensi itu berkata, ia terus beroperasi di lapangan bersama rakan pelaksana bagi menyediakan perkhidmatan menyelamatkan nyawa kepada kanak-kanak dan keluarga yang terjejas, termasuk penjagaan kesihatan dan pemakanan, akses kepada air bersih, sokongan psikososial serta pendidikan.
Namun begitu, UNICEF memberi amaran krisis di Sudan masih kurang mendapat liputan dan mengalami kekurangan dana yang kritikal, sekali gus mengehadkan keupayaan agensi kemanusiaan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
UNICEF menegaskan, kanak-kanak menanggung beban paling berat akibat konflik itu dan sekali lagi menekankan keperluan mendesak untuk keamanan serta kestabilan yang berkekalan di seluruh Sudan.
Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) terbabit dalam peperangan yang gagal ditamatkan melalui usaha pengantaraan di peringkat serantau dan antarabangsa. Konflik itu meragut ribuan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#Sudan
#kebuluran
#penyakit
#UNICEF
#kehilangan tempat tinggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan