awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU isytihar IRGC sebagai 'organisasi pengganas'
Ketua Pengarah LHDN diarah bayar balik RM15.672 juta kepada Petronas
Hubungan PN-Pas kukuh, tiada isu konflik dalaman - Punithan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Semeru di Indonesia Meletus dua kali pada Khamis, hambur abu setinggi 700 meter

Bernama
Bernama
29/01/2026
21:30 MYT
Gunung Semeru di Indonesia Meletus dua kali pada Khamis, hambur abu setinggi 700 meter
Orang ramai dilarang menjalankan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru (gambar) kerana risiko lontaran batu. - Gambar fail/REUTERS
LUMAJANG (Jawa Timur: Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus pada pagi Khamis dengan memuntahkan lajur abu setinggi 700 meter dari puncaknya, lapor Agensi Berita Antara.
"Gunung Semeru meletus pada Khamis pada 7.20 pagi (waktu tempatan). Lajur letusan yang diperhatikan mencapai kira-kira 700 meter di atas puncak, atau 4,376 meter dari aras laut," kata pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Mukdas Sofian.
Beliau berkata, lajur abu tebal itu berwarna putih ke kelabu dan bergerak ke arah tenggara.
Letusan direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh 115 saat.
Letusan itu menyusuli satu letusan awal pada 4.47 pagi (waktu tempatan) yang menghasilkan lajur abu setinggi 500 meter dan berlangsung selama 123 saat dengan amplitud 20 milimeter.
Gunung Semeru kini berada pada Tahap Amaran III.
Sehubungan itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melarang semua aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar menjauhi tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan sekurang-kurangnya 500 meter berikutan risiko aliran awan panas dan aliran lava yang boleh mencapai sehingga 17 kilometer dari puncak.
"Orang ramai juga dilarang menjalankan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana risiko lontaran batu," katanya lagi.
Di samping itu, orang ramai diminta sentiasa berwaspada terhadap risiko aliran awan panas dan aliran lava di sepanjang sungai serta lembah yang berpunca dari puncak Gunung Semeru, khususnya Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar dan Besuk Sat, serta kemungkinan berlakunya lahar di sungai-sungai kecil yang mengalir ke Besuk Kobokan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Gunung Semeru
#gunung berapi
#Jawa Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan