awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABC didenda RM415,000 kerana pecat penyampai berhubung hantaran mengenai Gaza

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2025
01:50 MYT
ABC didenda RM415,000 kerana pecat penyampai berhubung hantaran mengenai Gaza
Lattouf kini bergabung dengan wartawan Jan Fran untuk menubuhkan syarikat media ETTE yang memberi fokus kepada literasi media dan kebebasan editorial. - Foto X/Antoinette Lattouf
SYDNEY: Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) telah dikenakan denda sebanyak AUD150,000 (RM415,000) selepas Mahkamah Persekutuan mendapati pemecatan penyampai radio Antoinette Lattouf berhubung hantaran media sosial mengenai Gaza sebagai melanggar undang-undang pekerjaan.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan mendapati pemecatan Lattouf berhubung hantaran Gaza melanggar undang-undang pekerjaan dan prinsip kebebasan bersuara.
  • Lattouf dipecat selepas memuat naik hantaran Human Rights Watch; hakim menyifatkan ABC bertindak dalam "keadaan panik" akibat tekanan pelobi pro-Israel.
  • Kes ini cetus perdebatan tentang tekanan politik terhadap wartawan; Lattouf kini menubuhkan syarikat media baharu fokus kepada integriti editorial.

Lattouf, yang ketika itu bertugas secara sambilan di program Mornings ABC Radio Sydney pada Disember 2023, telah dipecat tiga hari selepas memuat naik hantaran Instagram daripada Human Rights Watch yang mendakwa Israel menggunakan kelaparan sebagai “senjata perang” di Gaza.
Hakim Darryl Rangiah menyatakan bahawa ABC bertindak secara tidak sah dengan memecat Lattouf atas alasan termasuk pandangan politiknya yang menentang kempen ketenteraan Israel.
Beliau turut menegaskan bahawa penyiar awam itu berada dalam “keadaan panik” selepas menerima aduan terancang daripada kumpulan pelobi pro-Israel.
Lattouf tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dan terus dikeluarkan daripada siaran, satu tindakan yang menurut mahkamah melanggar prinsip keadilan dan kebebasan bersuara.
“Saya tidak pernah anggap ini soal wang. Ia soal akauntabiliti dan integriti maklumat yang disampaikan oleh penyiar awam kita,” kata Lattouf dalam kenyataan di platform X.
Beliau sebelum ini telah dianugerahkan pampasan sebanyak AUD70,000 (RM194,000) dan kini menerima tambahan penalti sebanyak AUD150,000 yang perlu dibayar dalam tempoh 28 hari.
ABC dilaporkan telah membelanjakan lebih AUD2 juta (RM5.5 juta) dana awam untuk mempertahankan kes tersebut di mahkamah.
Kes ini mencetuskan perdebatan hangat mengenai kebebasan bersuara dalam media arus perdana dan tekanan politik terhadap wartawan yang menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Lattouf kini bergabung dengan wartawan Jan Fran untuk menubuhkan syarikat media ETTE yang memberi fokus kepada literasi media dan kebebasan editorial.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Antoinette Lattouf
#ABC
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan