Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Januari 2026.
Muhammad Hafizuddeain membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Salwani Anuar @ Kamaruddin membuat pengakuan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
Mangsa, Mohamad Nabil Mohamad, meninggal dunia di tempat kejadian; pemandu trak pikap berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan.
Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berkaitan isu bahasa dan kembali menumpukan usaha membina masa depan anak-anak negara yang lebih berdaya saing serta bersatu padu.
Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta di Kuala Lumpur.
Beberapa kementerian telah dikenal pasti dalam radar pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perolehan, termasuk Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Kerajaan bakal memperkenalkan Pelan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas) sebagai langkah teras mengekang inflasi tuntutan perubatan, memastikan akses rawatan swasta kekal mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawai Unit VAT69 Komando telah meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, di sini, pada Khamis.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


