Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik

Acara The 98th Oscars dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Mac 2026 di Dolby Theatre, Ovation Hollywood. - Gambar fail
PENCALONAN Anugerah Akademi ke-98 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menyaksikan lima nama besar industri perfileman tersenarai sebagai calon rasmi Oscars 2026.
Antara yang dicalonkan ialah Timothée Chalamet menerusi filem Marty Supreme, Leonardo DiCaprio melalui One Battle After Another, Ethan Hawke untuk Blue Moon, Michael B. Jordan menerusi Sinners serta Wagner Moura bagi lakonannya dalam The Secret Agent.
Kesemua mereka dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik selaku pelakon utama.
Acara The 98th Oscars dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Mac 2026 di Dolby Theatre, Ovation Hollywood.
Acara berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi rangkaian ABC, dengan siaran meliputi lebih 200 wilayah di seluruh dunia.
Pada tahun ini, anugerah Oscars akan mengiktiraf pencapaian dalam 24 kategori, dengan kebanyakan kategori menampilkan lima calon.
Kategori Filem Terbaik pula menyaksikan 10 filem bersaing bagi merebut anugerah tertinggi tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


