Skip to main content

Dunia

Abdul El-Sayed sifatkan kemenangan Senat AS sebagai penghormatan terbesar

Menerusi hantaran rasmi di platform Threads, beliau menyifatkan kemenangan bersejarah itu sebagai satu penghormatan terbesar sepanjang kerjaya perkhidmatan awamnya. -Foto Threads
Menerusi hantaran rasmi di platform Threads, beliau menyifatkan kemenangan bersejarah itu sebagai satu penghormatan terbesar sepanjang kerjaya perkhidmatan awamnya. -Foto Threads
Advertisement

DETROIT: Calon Parti Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, menzahirkan rasa bangga selepas disahkan memenangi kerusi Senat Amerika Syarikat (AS) bagi mewakili negeri Michigan dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Menerusi hantaran rasmi di platform Threads, beliau menyifatkan kemenangan bersejarah itu sebagai satu penghormatan terbesar sepanjang kerjaya perkhidmatan awamnya.

"Satu penghormatan dan keistimewaan buat saya untuk mewakili Michigan di Senat AS.

Advertisement

"Michigan, kita telah melakukan apa yang mereka katakan tidak boleh dilakukan. Kita menang bersama-sama," katanya pada Rabu.

Abdul El-Sayed, yang juga pakar kesihatan awam, berkata kejayaan yang dicapai menerusi gerakan akar umbi itu menandakan bermulanya fasa tugas yang lebih mencabar di Washington.

Advertisement

"Sekarang, tugas sebenar bermula," katanya bagi menghargai sokongan para pengundi dan sukarelawan kempennya.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas unjuran agensi berita The Associated Press (AP) mengesahkan beliau sebagai pemenang kerusi Senat Michigan.

Must Watch Video

Advertisement