Skip to main content

Dunia

ABN AMRO didenda atas kelemahan kawalan anti-pengubahan wang haram

ABN AMRO
ABN AMRO mencatatkan keuntungan bersih €693 juta (US$792.6 juta) pada suku pertama 2026, meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Advertisement

THE HAGUE: Bank pusat Belanda (DNB) pada Khamis berkata ia mengenakan denda pentadbiran sebanyak €8.5 juta (US$9.7 juta) terhadap ABN AMRO Bank N.V., antara bank terbesar di Belanda, susulan kelemahan serius dalam kawalan anti-pengubahan wang haramnya antara September 2023 hingga September 2024, lapor Xinhua.

Menurut DNB, bank itu gagal memantau secara berterusan dan sewajarnya sebahagian pelanggan berisiko tinggi, sekali gus menyebabkan kelemahan sistemik dalam prosedur semakan wajar pelanggan.

“Siasatan ini mendapati ABN AMRO gagal melaksanakan prosedur semakan dengan sewajarnya kerana pemantauan berterusan yang dijalankan tidak cukup kritikal, menyeluruh dan tegas,” menurut pengawal selia itu dalam satu kenyataan.

ABN AMRO mengakui keseriusan kelemahan yang dikenal pasti DNB dan berkata ia kekal komited untuk memperkukuh proses anti-pengubahan wang haram serta memenuhi piawaian yang ditetapkan pengawal selia, pelanggan dan masyarakat.

ABN AMRO mencatatkan keuntungan bersih €693 juta (US$792.6 juta) pada suku pertama 2026, meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement