awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara pemberian PlayStation di New York bertukar huru-hara

Bernama
Bernama
05/08/2023
07:57 MYT
Acara pemberian PlayStation di New York bertukar huru-hara
Pemberian hadiah PlayStation anjuran streamer Twitch Kai Cenat di Union Square New York City bertukar huru-hara apabila kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan itu, hingga mencetuskan konfrontasi dengan polis. -AP
NEW YORK: Pemberian hadiah PlayStation anjuran streamer Twitch Kai Cenat di Union Square New York City bertukar huru-hara apabila kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan itu, hingga mencetuskan konfrontasi dengan polis.
Terdahulu di platform X (Twitter), Cenat mengumumkan pemberian PS5 akan diadakan pada pukul 4 petang, Jumaat tetapi orang ramai mula berkumpul di Union Square sekitar 1.30 petang.
Menjelang 3.30 petang, keadaan menjadi tidak terkawal dengan orang ramai bertindak membaling objek dan polis melakukan tangkapan, lapor United Press International (UPI).
Pada kira-kira 4.25 petang, rakaman menunjukkan sebuah kenderaan yang berkemungkinan membawa Cenat, meninggalkan kawasan itu di saat orang ramai mula memanjat di atasnya.
Polis mengeluarkan arahan mobilisasi Tahap Empat sebagai tindak balas kepada kekacauan, dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai tangkapan.
Menjelang 6 petang, orang ramai telah bersurai, meninggalkan sampah dan serpihan.
Sebuah bas yang membawa individu yang ditahan dilihat meninggalkan kawasan itu.
Ketua Polis NYPD Jeff Maddrey berkata pegawai mengeluarkan Cenat dari tempat kejadian sebagai langkah perlindungan terhadapnya dan dia kini dalam tahanan susulan pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mendakwanya kerana menghasut.
Cenat, 21, mempunyai kira-kira 6 juta pengikut Twitch dan juga menyiarkan kandungan komedi di YouTube, di mana dia mempunyai lebih 4 juta pelanggan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New York
#streamer Twitch Kai Cenat
#Union Square New York City
#konfrontasi dengan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan